Thursday, March 31, 2011

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Lelaki idaman saya adalah... Seorang lelaki yang beriman... Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah... Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam... Yang sentiasa haus dengan ilmu... Yang sentiasa dahaga akan pahala... Yang solatnya adalah maruah dirinya


idaman saya adalah... Lelaki yang menjaga tuturkatanya... Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya... Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya... Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...


Lelaki idaman saya adalah... Lelaki yang menghormati ibunya... Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga... Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam... Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan... Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

No comments: