Wednesday, March 26, 2008

Kerana terleka

Mungkin kerana kita ini terleka….
Seringkali apabila pena terlepas dari genggaman
Ucapan ‘oops’ mendahului ‘Allah’
Tatkala perut sudah terisi
Ucapan ‘aah…kenyang’ mengatsi ‘Alhamdullillah’
Apabila diri terpegun dengan keindahan
Pujian ‘Subhanallah’ tertutup oleh ‘cantiknya’
Apabila berita kematian mengunjungi
‘kasihan….ya’ ucap juga simpati
Tetapi kita lupa kepada ‘innalillahiwainnalillahirojiun’
Kadang kala kita lupa,
Kadang kala kita sengaja,
Namun teman,
Walau kita lupa, sengaja,suka atau terbiasa
Berhati-hatilah teman
Apabila malaikat maut menjenguk
Ucapan ‘Lailahaillallah’ tetap jua mngatasi segala kata.

No comments: